KUALA LUMPUR: Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) melancarkan Kempen Year End Zakat (YEZ) 2026 bagi menggalakkan umat Islam menyempurnakan kewajipan zakat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, berkata kempen bertemakan Sempurna Bersama itu sudah bermula sejak 1 November lalu hingga 31 Disember ini.
Katanya, objektif utama kempen itu adalah mengajak masyarakat menjadikan amalan berzakat dan berwakaf sebahagian daripada didikan keluarga supaya nilai berkongsi rezeki dapat difahami, diamalkan dan diwarisi generasi seterusnya.
"Setiap generasi mempunyai perjalanan zakat yang berbeza, daripada mula mengenali zakat dan membuat bayaran pertama sehinggalah menunaikan zakat harta serta membimbing anak-anak melaksanakan tanggungjawab sama.










