SHAH ALAM: Usaha memperkukuh sistem sokongan pendidikan dan meningkatkan pembabitan pelajar dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) serta Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) antara tumpuan kerajaan negeri dalam Belanjawan Selangor 2027.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pelaburan dalam sektor pendidikan perlu dinilai berdasarkan impak sebenar terhadap pelajar, guru dan institusi pendidikan bukan sekadar jumlah peruntukan dibelanjakan.

Katanya, Belanjawan Pendidikan Negeri yang akan diumumkan Jumaat ini bakal memberi tumpuan kepada beberapa keutamaan.

"Ia bagi memastikan setiap anak Selangor mendapat peluang pendidikan berkualiti tanpa mengira latar belakang sosioekonomi.