JOHOR BAHRU: Seorang pelajar sekolah antara empat lelaki yang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan membakar mercun di atas jalan raya utama di Skudai, Ahad lalu.
Tertuduh, P Ruban, 20; S Tharun, 18; H Periuthiv, 19, dan remaja berusia 16 tahun itu semuanya mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka secara berasingan.
Pengakuan tidak bersalah itu dibuat selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan empat majistret, iaitu A Shaarmini, Atifah Hazimah Wahab, Nurzihan Abdul Rehman dan Nur Fatin Mohamad Farid.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Skudai-Gelang Patah, berhampiran lampu isyarat Taman Nesa, Skudai, kira-kira jam 1.30 pagi, Ahad lalu.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FNajibRazak2_998141.png&w=480&output=webp&q=85&we)

