JOHOR BAHRU - Empat lelaki tempatan termasuk seorang pelajar sekolah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pada Rabu atas pertuduhan melakukan perbuatan cuai membabitkan mercun di atas jalan raya utama di Skudai, Ahad lalu.Tertuduh, P Ruban, 20; S Tharun, 18; H Periuthiv, 19 dan remaja berusia 16 tahun itu semuanya mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka secara berasingan di hadapan A Shaarmini, Atifah Hazimah Wahab, Nurzihan Abdul Rehman dan Nur Fatin Mohamad Farid.Berdasarkan kertas pertuduhan, semua tertuduh didakwa melakukan kelakuan cuai berhubung dengan suatu bahan letupan iaitu mercun ke arah jalan raya yang mempunyai kenderaan lain yang mungkin menyebabkan bencana kepada orang lain.Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jalan Skudai-Gelang Patah berhampiran lampu isyarat Taman Nesa, Skudai di sini, kira-kira jam 1.30 pagi, Ahad lalu.Ruban, Tharun dan Periuthiv didakwa di bawah Seksyen 286 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Manakala, tertuduh bawah umur yang didakwa mengikut seksyen sama boleh dikenakan perintah seperti dilepaskan dengan amaran; dikenakan bon berkelakuan baik dengan apa-apa syarat yang dikenakan oleh mahkamah; membayar denda; perintah khidmat masyarakat; dihantar ke sekolah diluluskan atau dihantar ke Sekolah Henry Gurney, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Eizlan Azhar, Adilah Farzana Che Ad, Izdhiyah Zahirah Ahmad Ghazali dan Nor Hidayah Mohd Tarmizi manakala kesemua tertuduh diwakili peguam T Monisha Dhaarcayinii.Mahkamah kemudian membenarkan jumlah jaminan antara RM1,500 hingga RM3,000 terhadap setiap tertuduh dengan menetapkan 3 Disember depan untuk sebutan semula bagi semua kes bagi serahan dokumen.Sementara itu, dua lagi lelaki, M Rubenkumar, 23, dan Muhammad Irsyad, 19, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menunggang motosikal dengan cara yang menyebabkan bahaya atau halangan lalulintas.Pengakuan itu dibuat selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Nur Fatin secara berasingan.Masing-masing didakwa menunggang motosikal dengan cara berpusing-pusing dalam bentuk bulatan yang mungkin menyebabkan bahaya dan galangan tidak berpatutan kepada lalu lintas di lokasi, masa dan hari yang sama.Mereka didakwa mengikut Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Trafik, Inspektor Mohd Khairul Azhar Pakrudin, manakala kedua-dua tertuduh diwakili Monisha.Setiap tertuduh dibenarkan ikat jamin sebanyak RM2,500 dengan seorang penjamin dan kes ditetapkan untuk sebutan semula bagi serahan dokumen pada 11 Disember depan.Sebelum itu, video memaparkan sekumpulan lelaki membakar mercun di atas jalan raya berhampiran lampu isyarat Taman Nesa, Skudai, tular di media sosial pada 10 November lalu.Kejadian dipercayai berlaku kira-kir