IPOH: Polis sedang mengesan sekumpulan individu yang dipercayai membakar mercun di atas jalan raya di Jalan Kuala Kangsar di sini, seperti yang tular menerusi satu video di media sosial.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.
Bagaimanapun katanya, siasatan terperinci akan dijalankan bagi mengenal pasti individu yang terlibat termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian.
“Kita memandang serius perkara ini kerana perbuatan tersebut boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.






