IPOH – Polis menjalankan siasatan berhubung video tular yang memaparkan sekumpulan individu bermain mercun di tengah jalan raya di Jalan Kuala Kangsar di sini kerana didapati membahayakan keselamatan orang awam.Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian tersebut."Kita akan menyiasat siapa yang terlibat dan perkara-perkara berkaitan."Ini termasuk mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini pada Selasa.Beliau berkata, polis memandang serius kejadian berkenaan kerana tindakan bermain mercun di jalan raya boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya dan orang awam."Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Sambutan perayaan perlu dilakukan di tempat yang tidak mengganggu pengguna jalan raya atau masyarakat umum," katanya.Video kejadian yang tular sejak Isnin itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang ramai susulan tindakan individu terbabit bermain mercun di kawasan jalan raya yang turut digunakan pengguna lain.Tinjauan di media sosial mendapati ramai pengguna meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan tersebut kerana disifatkan tidak bertanggungjawab dan berpotensi mengundang bahaya kepada orang awam.
Main mercun tengah jalan, polis buka siasatan buru individu terlibat

Key takeaways
Polis membuka siasatan berikutan video tular yang menunjukkan individu bermain mercun di tengah jalan raya, yang dianggap membahayakan keselamatan orang awam.
- Polis sedang siasat kejadian bermain mercun di jalan raya yang tular.
- Ketua Polis Perak menyatakan tindakan itu tidak sepatutnya berlaku dan membahayakan pengguna jalan raya.
- Video tersebut mencetuskan kebimbangan dan kritikan daripada orang ramai di media sosial.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- NORMAWATI ADNAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Polis buru individu bakar mercun tengah jalan di Skudai
- Utusan Malaysia Empat lelaki ditahan bakar mercun di tengah jalan
- Berita Harian Empat lelaki ditahan bakar mercun di tengah jalan
- Free Malaysia Today 4 ditahan bakar mercun di tengah jalan
- Sinar Harian Main mercun tengah jalan, polis buka siasatan buru individu terlibat (this story)








