LONDON - Pelawak dan personaliti televisyen Britain, Russell Brand, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun enam bulan oleh mahkamah pada Isnin selepas didapati bersalah atas satu pertuduhan rogol dan tiga serangan seksual terhadap empat wanita antara 2004 hingga 2009.Hakim Joel Bennathan ketika menjatuhkan hukuman menyifatkan Brand sebagai seorang "pemangsa seksual" yang menggunakan kemasyhuran, pengaruh dan status selebritinya untuk mengelak daripada dipertanggungjawabkan atas perbuatannya selama bertahun-tahun.Menurut hakim itu, Brand bertindak dengan sikap angkuh serta menunjukkan penghinaan terhadap mangsa-mangsanya yang mengalami kesan trauma dan penderitaan berpanjangan."Kira-kira 20 tahun lalu, anda sedang meningkat naik sebagai seorang selebriti."Anda bijak dan dianggap lucu serta berkarisma oleh ramai orang. Namun pada masa sama, anda juga seorang pemangsa seksual," kata Bennathan.Beliau berkata, pendedahan hasil siasatan media oleh akhbar Sunday Times, The Times dan program Channel 4 Dispatches pada 2023 membuka jalan kepada beberapa wanita tampil membuat laporan polis.Brand, 51, tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika hukuman dibacakan di Mahkamah Southwark Crown, London. Isterinya, Laura Gallacher, yang mempunyai tiga anak bersamanya, dilihat terkesan ketika mahkamah mengumumkan tempoh hukuman tersebut.Sebelum dibawa keluar dari kandang tertuduh, Brand dilaporkan sempat memberitahu isterinya bahawa mereka akan "baik-baik sahaja".Minggu lalu, juri mendapati Brand bersalah atas satu kes rogol dan tiga serangan seksual melibatkan empat wanita.Namun, beliau dibebaskan daripada dua lagi pertuduhan rogol serta satu cubaan melakukan serangan tidak senonoh.Dalam perbicaraan hukuman, seorang mangsa memberitahu mahkamah dia mengalami trauma berpanjangan selepas diserang oleh Brand di sebuah bar di London pada 2004.Mangsa itu berkata, sepanjang bertahun-tahun, dia terpaksa menyaksikan Brand diraikan media dan masyarakat meskipun didakwa melakukan perbuatan yang memudaratkan wanita.Seorang lagi mangsa yang dirogol pada 2009 selepas bertemu Brand dalam sebuah persembahan komedi berkata, dia tidak membuat laporan kerana berasakan dirinya tidak akan dipercayai."Populariti, kekayaan dan pengaruhnya mewujudkan ketidakseimbangan kuasa yang membuatkan saya berasa tidak berdaya," katanya kepada mahkamah.Kes itu turut mencetuskan perdebatan lebih luas mengenai budaya industri media Britain.Menteri Kebudayaan Britain, Lisa Nandy menyifatkan kes tersebut sebagai "amaran serius" bahawa masih terdapat lelaki berpengaruh yang mengeksploitasi wanita dalam industri berkenaan.Brand yang sebelum ini membina kerjaya menerusi MTV, Channel 4, BBC Radio 2 dan beberapa projek Hollywood menafikan semua pertuduhan.Namun, beliau mengakui pernah menjalani kehidupan seksual yang sangat bebas serta menggunakan kemasyhurannya untuk mendapatkan akses kepada wanita.Sementara itu, pegawai penyiasat utama kes berkenaan, Andy Furphy, menyifatkan hukuman tersebut sebagai detik pe
Pelawak popular dipenjara 10 tahun enam bulan kes rogol, serangan seksual empat wanita

Key takeaways
Pelawak Britain, Russell Brand, didapati bersalah atas rogol dan tiga serangan seksual terhadap empat wanita antara 2004 hingga 2009 dan dihukum 10 tahun enam bulan.
- Brand dihukum 10 tahun enam bulan oleh mahkamah selepas didapati bersalah atas kes rogol dan serangan seksual.
- Hakim menyifatkan Brand sebagai pemangsa seksual yang menggunakan kemasyhuran untuk mengelak daripada dipertanggungjawabkan.
- Pendedahan media pada 2023 membuka jalan kepada wanita membuat laporan polis terhadap Brand.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Bunuh Zaharif: DSP Mohd. Nazri dipenjara tujuh tahun enam bulan
- Sinar Harian Pelawak popular dipenjara 10 tahun enam bulan kes rogol, serangan seksual empat wanita (this story)








