KENINGAU: Seorang lelaki yang tular di media sosial kerana sering mengamuk dan mengganggu ketenteraman awam akhirnya ditahan polis di hadapan sebuah kedai kopi di daerah ini, semalam.
Lelaki tempatan berusia 47 tahun itu ditahan sepasukan anggota Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Keningau, kira-kira 3.30 petang, selepas polis menerima aduan orang awam berhubung tindakannya yang mengganggu aktiviti harian masyarakat.
Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Erwansyah Abdul Basir berkata, suspek ditahan di kawasan pekarangan hadapan Kedai Kopi Foo Nyen selepas tindakannya turut mendapat perhatian pengguna media sosial.
Katanya, suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Keningau sebelum diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau untuk pemeriksaan lanjut.








