KUALA LUMPUR - Pengamal media yang berkumpul di hadapan laluan masuk ke kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta di sini, terus menunggu perkembangan terbaharu sehingga jam 3 petang pada Rabu.Mereka mula berada di lokasi sejak jam 9 pagi bagi mengikuti perkembangan hari pertama Najib menjalani tahanan rumah.Bagaimanapun, tiada sebarang perubahan dilaporkan di kawasan berkenaan sepanjang tempoh itu.Pengamal media tetap berada di hadapan laluan masuk ke kediaman berkenaan meskipun berdepan cuaca panas terik.Terdahulu, jalan utama menuju ke kediaman Najib dikawal anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), manakala pengamal media hanya dibenarkan berada di kawasan yang ditetapkan pihak berkuasa, iaitu di belakang garisan kuning.Najib tiba di kediamannya itu kira-kira jam 9.27 malam Selasa selepas dibawa dari Penjara Kajang menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 berwarna perak dengan diiringi kenderaan pengiring Jabatan Penjara Malaysia.Beliau menjalani baki hukuman penjara kes SRC International Sdn Bhd menerusi kaedah tahanan rumah susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa.
Langgak Duta: Media setia menanti, berpanas sejak 9 pagi

Key takeaways
Pengamal media menunggu di luar kediaman Najib sejak jam 9 pagi tanpa sebarang perubahan hingga 3 petang.
- Pengamal media berada di lokasi sejak jam 9 pagi untuk mengikuti perkembangan Najib.
- Tiada perubahan dilaporkan di kawasan tersebut sepanjang tempoh menunggu.
- Pengamal media dibenarkan berada di kawasan yang ditetapkan pihak berkuasa.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MOHD AZLIM ZAINURY
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Langgak Duta: Media setia menanti, berpanas sejak 9 pagi (this story)





