SHAH ALAM - Tindakan Jabatan Peguam Negara (AGC) mendapatkan penjelasan dan pembetulan perintah mahkamah berhubung pelaksanaan hukuman ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukanlah mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nabil Halimi berkata, sebaliknya ia bagi memastikan titah baginda dan keputusan Lembaga Pengampunan dilaksanakan dengan tepat, tanpa sebarang penyimpangan daripada maksud asal.Menurut beliau, hasilnya, Mahkamah Tinggi pada 10 November telah membatalkan Perintah Pelepasan Atas Pembayaran Denda bertarikh 6 November dan menggantikan perintah baharu yang secara jelas menetapkan Najib masih perlu menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028."Ia membuktikan bahawa tindakan AGC mendapatkan penelitian dan pembetulan perintah tersebut mempunyai asas perundangan yang jelas."Malaysia ialah negara hukum. Setiap keputusan mesti dilaksanakan mengikut prosedur perundangan yang sah, termasuk keputusan pengampunan diraja di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan."Kepada pihak yang begitu ghairah mendakwa kononnya wujud campur tangan Kerajaan Madani dalam urusan AGC, janganlah melemparkan tuduhan tanpa bukti," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Sebelum ini, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Aslam Zainuddin mengeluarkan perintah pelepasan baharu yang membolehkan bekas Presiden UMNO itu menjalani baki hukuman penjara enam tahun dalam kes SRC International Sdn Bhd secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.Perintah itu turut membatalkan sepenuhnya perintah pelepasan yang dikeluarkan pada 6 November lalu dan menggantikannya dengan perintah baharu selaras dengan Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong pada 18 September lalu.Perkembangan itu sekali gus menamatkan ketidaktentuan berhubung pelaksanaan tahanan di rumah terhadap Najib yang sebelum ini ditangguhkan sementara oleh AGC.Selain itu kediaman Najib turut diisytiharkan sebagai suatu penjara bagi maksud pemenjaraan atau penahanan orang dalam jagaan sah.Tambah Nabil, barangkali ada yang terlupa bahawa portfolio Undang-Undang dan Reformasi Institusi di Jabatan Perdana Menteri diterajui Datuk Seri Azalina Othman Said, yang juga Ketua Penerangan UMNO.Jelasnya, namun kedudukan beliau tidak bermakna AGC membuat keputusan atas arahan politik mana-mana pihak."Jangan kerana terlalu tidak sabar mahu melihat Najib pulang ke rumah, usaha memastikan titah Agong dilaksanakan dengan tepat pula dituduh sebagai konspirasi politik."Pakatan Harapan menghormati proses pengampunan diraja dan keputusan Lembaga Pengampunan, walaupun secara moral dan prinsip perjuangan menentang rasuah, kita tidak bersetuju dengan kelonggaran tahanan rumah tersebut."Namun, satu hakikat mesti diingat. Najib pulang ke rumah bukan kerana beliau didapati tidak bersalah, tetapi kerana dibenarkan menjalani baki hukuman penjaranya di rumah," ujarnya.Nabil memberitahu, Najib masih seorang pesalah yang tela
Tahanan rumah Najib: Tindakan AGC dapat penjelasan mahkamah bukan ingkar titah Agong - AMK

Key takeaways
Tindakan AGC membetulkan perintah mahkamah, membatalkan perintah pelepasan 6 November dan menetapkan Najib menjalani baki hukuman tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.
- Mahkamah Tinggi 10 November membatalkan perintah pelepasan 6 November.
- Perintah baharu menetapkan Najib masih perlu tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.
- AGC menegaskan tindakan tidak mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ROSKHOIRAH YAHYA
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Peguam Najib tuntut tahanan rumah segera, gesa AGC tarik balik kenyataan
- Malaysiakini (BM) Tahanan rumah Najib: KDN ikut nasihat AGC, kata Saifuddin
- Malaysiakini (BM) Anwar kongsi hadis mengenai keadilan lepas Najib dapat tahanan rumah
- Sinar Harian Tahanan rumah Najib: Tindakan AGC dapat penjelasan mahkamah bukan ingkar titah Agong - AMK (this story)





