JASIN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga seorang wakil calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, J Samivel, yang maut dalam nahas jalan raya pada Rabu.Anwar menerusi hantaran di Facebook berkata, beliau menerima khabar duka mengenai kematian Samivel yang juga Naib Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Alor Gajah.Menurutnya, mendiang telah lama berkhidmat dan setia dengan perjuangan parti."Sebagai Naib Ketua Cabang PKR Alor Gajah, saudara Samivel telah lama berkhidmat dan bersetia dengan perjuangan."Moga jasa dan semangat beliau terus membimbing langkah kita dalam meneruskan perjuangan ini," katanya.Beliau turut menyatakan ingatan serta doa bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, buat keluarga mendiang dan rakan seperjuangan yang terkesan dengan kehilangan itu."Semoga mereka diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian getir ini," katanya.Sinar Harian pada Rabu melaporkan seorang jentera parti bagi calon PH kerusi DUN Asahan maut dalam nahas jalan raya di Jalan Pondok Batang Dalam, Jasin.Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 62 tahun memandu sebuah kereta sebelum terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah lori membawa muatan buah-buahan.Mangsa antara individu yang menjadi 'tulang belakang' dalam kempen bersama calon Asahan, P Denesh pada PRN Melaka ke-16.Difahamkan Denesh yang menjalankan program walkabout dan ziarah di Kampung Jus Permai turut bergegas ke lokasi kejadian.
'Samivel lama berkhidmat dan setia pada parti' - Anwar

Key takeaways
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga J Samivel, Naib Ketua Cabang PKR Alor Gajah, yang maut dalam nahas jalan raya pada Rabu.
- J Samivel merupakan wakil calon Pakatan Harapan bagi kerusi DUN Asahan.
- Mangsa juga memegang jawatan Naib Ketua Cabang PKR Alor Gajah.
- Nahas jalan raya tersebut berlaku di Jalan Pondok Batang Dalam, Jasin.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
4 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian 'Samivel lama berkhidmat dan setia pada parti' - Anwar (this story)








