KOTA BHARU - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor memilih untuk terus mempertahankan parti itu meskipun menerima beberapa tawaran supaya beliau kekal bersama kerajaan negeri.Beliau berkata, keputusan itu dibuat atas dasar tanggungjawab untuk terus mengemudi Bersatu Kelantan, terutama ketika parti berkenaan sedang membuat persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Menurut beliau, beberapa pihak pernah mengemukakan cadangan supaya beliau terus bersama kerajaan negeri, namun beliau memilih untuk tidak meninggalkan parti yang dipimpinnya ketika ini."Apabila diberi beberapa pilihan, saya memilih untuk terus menjaga parti kerana itu tanggungjawab saya sebagai ketua parti."Parti memerlukan saya sekarang, lebih-lebih lagi menjelang PRU yang tidak lama lagi," katanya semasa sidang media pada Rabu.Kamarudin memberitahu, beliau menyedari keperluan untuk menyediakan barisan kepimpinan pelapis, namun berpendapat kemampuan pemimpin sedia ada masih belum mencapai tahap untuk mengambil alih tanggungjawab mengemudi parti itu di Kelantan.Bagaimanapun, beliau menegaskan tidak menganggap dirinya sebagai individu yang tidak boleh digantikan dan berharap pemimpin lebih muda serta berkeupayaan dapat mengambil alih kepimpinan pada masa akan datang."Kalau tanya saya, saya lebih suka orang muda yang bertenaga dan mempunyai keupayaan mengambil alih kepimpinan."Saya sudah beritahu mereka supaya membuat persediaan untuk mencari pengganti," katanya.Mengulas kemungkinan beliau terus menerajui Bersatu Kelantan pada PRU16, ujar Kamarudin, perkara itu belum diputuskan dan keutamaannya ketika ini adalah memastikan parti itu terus kukuh.Jelasnya, sebarang cadangan yang memerlukan persetujuan kepimpinan parti di peringkat pusat perlu melalui proses rundingan, namun beliau tidak mahu meninggalkan tanggungjawabnya terhadap Bersatu Kelantan ketika ini.
'Saya pilih pertahankan parti, tolak beberapa tawaran' - Kamarudin

Key takeaways
Kamarudin Md Nor memilih untuk terus mempertahankan Bersatu Kelantan meskipun menerima tawaran untuk kekal bersama kerajaan negeri.
- Kamarudin memutuskan untuk terus memimpin Bersatu Kelantan menjelang PRU16.
- Beliau mengakui keperluan untuk menyediakan barisan kepimpinan pelapis.
- Beliau berharap pemimpin muda dapat mengambil alih kepimpinan pada masa depan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- By
- HAZELEN LIANA KAMARUDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro Haida tolak bariatrik, pilih diet secara semula jadi
- Berita Harian Haida tolak bariatrik, pilih diet secara semula jadi
- Sinar Harian 'Saya pilih pertahankan parti, tolak beberapa tawaran' - Kamarudin (this story)









