SANDAKAN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemukan terapung di bawah rumah di Kampung Air, Jambatan 4, Jalan Bokara, di sini pada Ahad lalu.Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 3.50 petang, selepas ditemukan terapung kira-kira jam 2.10 petang.Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa tinggal bersama neneknya di Kampung Air berikutan ibu bapanya bekerja di Kuala Lumpur.Menurutnya, pada hari kejadian, mangsa ditinggalkan bersama moyangnya yang uzur dan tidak mampu berjalan serta tiga kanak-kanak lain berusia 10, enam dan satu tahun."Mangsa kali terakhir dilihat sedang tidur di dalam rumah kira-kira jam 2 petang sebelum ditemukan terapung di kolong rumah kira-kira 10 minit kemudian."Bagaimanapun, tiada saksi yang melihat bagaimana mangsa boleh masuk ke dalam air," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, siasatan turut mendapati jambatan di kawasan berkenaan tidak mempunyai pagar atau sebarang penghadang keselamatan."Manakala pintu rumah tidak dikunci dan boleh dibuka sendiri oleh mangsa," jelasnya.
Budak tiga tahun ditemui terapung bawah rumah

Key takeaways
Seorang budak lelaki tiga tahun ditemui terapung di bawah rumah di Kampung Air, Sandakan, dan disahkan meninggal dunia.
- Budak itu ditinggalkan bersama neneknya yang uzur dan tiga kanak-kanak lain.
- Tiada saksi yang melihat bagaimana mangsa masuk ke dalam air.
- Jambatan di kawasan itu tidak mempunyai pagar keselamatan dan pintu rumah tidak dikunci.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ASYIKIN ASMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Rogol budak, Mahkamah Rayuan tambah hukuman penjara jadi 15 tahun
- Sinar Harian Budak tiga tahun ditemui terapung bawah rumah (this story)








