KUALA LUMPUR – Harga petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi masing-masing turun 50 sen, 40 sen dan 25 sen seliter bagi tempoh 12 hingga 18 November.Susulan penurunan itu, harga RON97 kini RM4.20 seliter, RON95 tanpa subsidi RM3.87 seliter, manakala diesel tanpa subsidi RM4.87 seliter.Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan, harga berkenaan ditetapkan berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM)."Harga produk petroleum bertapis di pasaran serantau menurun dalam tempoh pengiraan APM, seiring dengan penyusutan harga minyak mentah dunia dan peningkatan bekalan bahan api bertapis di pasaran serantau."Walau bagaimanapun, selagi konflik di Iran belum mencapai penyelesaian, harga petroleum dunia kekal terdedah kepada turun naik ketara," katanya dalam kenyataan pada Rabu.MOF memberitahu, serangan terbaharu terhadap kapal tangki di Selat Hormuz menunjukkan risiko gangguan bekalan masih wujud.Dalam pada itu, kementerian berkata, harga petrol dan diesel bersubsidi lain turut dikekalkan iaitu RON95 di bawah BUDI95 pada RM1.99 seliter, diesel BUDI Diesel (RM2.10), Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) pada RM2.05 dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) pada RM2.15 seliter."Melalui BUDI95 dan BUDI Diesel, rakyat Malaysia yang layak boleh terus membeli petrol RON95 dan diesel bersubsidi menggunakan MyKad, tertakluk kepada had kelayakan bulanan," menurutnya lagi.
Harga RON97 turun 50 sen, RON95 tanpa subsidi turun 40 sen

Key takeaways
Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi turun masing-masing 50 sen, 40 sen dan 25 sen seliter dari 12 hingga 18 November.
- Harga RON97 kini RM4.20 seliter, RON95 tanpa subsidi RM3.87 seliter.
- Penurunan harga disebabkan oleh penurunan harga minyak mentah dan peningkatan bekalan bahan api.
- Harga petrol dan diesel bersubsidi seperti BUDI95 dan BUDI Diesel dikekalkan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro , Berita Harian , Harian Metro , Free Malaysia Today , Free Malaysia Today
Story details
- Published
- By
- NURUL HIDAYAH HAMID
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today RON95, diesel tanpa subsidi turun 15 sen, RON97 turun 20 sen
- Free Malaysia Today RON95, diesel tanpa subsidi turun, RON97 turun 50 sen
- Sinar Harian Harga RON97 turun 50 sen, RON95 tanpa subsidi turun 40 sen (this story)









