PETALING JAYA: Harga RON95 dan diesel tanpa subsidi masing-masing turun 15 sen kepada RM4.27 dan RM5.12 seliter, kata Kementerian Kewangan.

Dalam pada itu, harga RON97 dijual RM4.70 seliter, iaitu penurunan 20 sen.

RON95 di bawah skim BUDI95 kekal RM1.99 seliter, manakala diesel di bawah inisiatif BUDI Diesel kekal RM2.10 seliter.

Petrol bersubsidi di bawah Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) kekal pada RM2.05 seliter, manakala diesel bersubsidi di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) dijual pada harga RM2.15 seliter.