Kuala Lumpur: Tiga rakyat Malaysia yang ditahan di Mauritius bersama 76.14 kilogram (kg) ganja bernilai kira-kira RM9.87 juta, baru-baru ini, sedar mereka membawa dadah berkenaan selepas mengambilnya di Bangkok.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ketiga-tiga individu terbabit yang terdiri daripada satu pasangan kekasih dan seorang lagi individu yang direkrut melalui pakej percutian, tahu bahawa mereka membawa bahan terlarang itu.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek berlepas dari Malaysia ke Bangkok dan mengambil bekalan dadah di sana, sebelum meneruskan perjalanan ke Mauritius.

"Apa yang pasti, mereka berlepas dari Malaysia ke Bangkok. Mereka mengambil bekalan dadah di Bangkok sebelum membawanya ke Mauritius.