Kota Tinggi: Cubaan seorang lelaki bersembunyi di dalam lubang di bawah lantai sebuah rumah di daerah ini gagal apabila dia dicekup berkhalwat dengan seorang wanita berstatus janda oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), baru-baru ini.
Lebih mengejutkan, lelaki berusia lingkungan 30-an itu dipercayai berjaya mengelak daripada dikesan dalam pemeriksaan terdahulu dengan menggunakan taktik persembunyian sama.
JAINJ dalam satu kenyataan berkata, pemeriksaan pertama dilakukan kira-kira jam 9.20 pagi dua minggu lalu selepas pihaknya menerima aduan orang awam berhubung kegiatan mencurigakan di rumah berkenaan.
"Penguat kuasa yang melakukan pemeriksaan hampir 30 minit termasuk menggeledah setiap ruang rumah, namun gagal menemui lelaki dimaksudkan sebelum meninggalkan lokasi selepas memberi nasihat kepada seorang wanita di rumah berkenaan," katanya.








