Kuala Lumpur: Sentuhan berbisa pemain warisan Richard Chin bersama kelab Ross County dari Scotland, menjadi taruhan untuk memperkukuh jentera serangan Harimau Malaya menjelang dua aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang China dan yemen pada 14 dan 17 November ini.

Chin, antara empat pemain berpangkalan di luar negara dipanggil ketua jurulatih interim Tan Cheng Hoe, hadir dengan rekod memberangsangkan selepas meledak lapan gol dan mencipta empat bantuan jaringan menerusi 24 penampilan bersama kelab Divisyen Tiga Scotland itu sepanjang musim ini.

Bagaimanapun, Cheng Hoe berkata peluang Chin untuk diturunkan masih bergantung pada penilaian barisan kejurulatihan terhadap prestasinya sepanjang sesi latihan menjelang dua perlawanan di China itu.