JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang cuba melarikan diri selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu merempuh sebuah kereta di Jalan Banjaran Utama, Kempas di sini, semalam, disahkan warga asing.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Azrol Anuar Nor berkata, kejadian berlaku 10.46 malam, membabitkan Toyota Harrier dan Honda Civic.

Siasatan mendapati Toyota Harrier dipandu lelaki warga asing berusia 32 tahun, yang memasuki laluan bertentangan di Jalan Banjaran Utama, Kempas di sini.

Menurutnya, SUV itu kemudian bergesel dengan sebuah Honda Civic dipandu lelaki berusia 26 tahun.