Kuala Lumpur: Penyanyi, Rahmad Mega mahu terus menyinari industri muzik tempatan apabila kini menubuhkan band baru dinamakan Mega Hidayat dengan dimensi muzik berbeza.
Rahmad atau nama sebenarnya, Rahmad Tohak, 57, berkata dia mempunyai alasan menubuhkan band berkenaan walaupun pada masa sama masih aktif bergerak secara solo dengan nama Rahmad Mega.
"Mega Hidayat bukanlah pengganti kepada kerjaya solo saya, tapi satu lagi cabang perjalanan seni yang ingin saya perjuangkan.
"Saya amat bersyukur setelah lebih tiga dekad berada dalam industri muzik, saya masih diberi peluang untuk menghiburkan serta menerima sokongan daripada peminat.









