KUALA LUMPUR: Dialog Group Bhd membuat 'keputusan pelaburan muktamad' untuk membangunkan Medan Gas Fatimah, pembangunan medan keduanya di bawah Kontrak Perkongsian Pengeluaran Aset Medan Kecil Kluster Baram Junior (PSC SFA BJC), dengan pelaburan tambahan sebanyak AS$211 juta.

Syarikat minyak dan gas asli itu turut memaklumkan kumpulan itu telah memulakan pengeluaran komersial untuk pertama kali daripada Medan Gas Salbiah pada 27 Oktober 2026.

Menurutnya, kedua-dua medan gas itu adalah sebahagian daripada PSC SFA BJC yang dimeterai antara Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Dialog Resources Sdn Bhd dan Petroleum Sarawak Exploration and Production Sdn Bhd pada 17 Januari 2023.

"Susulan kelulusan Pelan Pembangunan dan Pengabaian Medan (FDAP) pada 8 Januari 2026, aktiviti pembangunan Medan Gas Salbiah berjaya disiapkan.