Kajang: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM1 juta kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk diselaraskan bagi membantu persatuan penjaja dan peniaga kecil.
Anwar berkata, peruntukan itu bagi membantu ratusan ribu peniaga kecil dan penjaja di seluruh negara meningkatkan pendapatan mereka.
"Mulanya, saya ingat nak umum (peruntukan) RM100,000 sahaja tetapi memikirkan ratusan ribu penjaja, syarikat, gerai dan persatuan (penjaja) di seluruh negara, jadi kita beri RM1 juta.
"Jadi atur baik-baik (peruntukan itu) dengan maju dan bantu (kerajaan) bagi penjelasan supaya setiap tahun ada peningkatan pendapatan bagi penjaja dan peniaga," katanya.








