London: Manchester United dilaporkan mencapai persetujuan lisan pada peringkat prinsip dengan Mauricio Pochettino untuk menggantikan Michael Carrick sebagai pengurus pasukan dalam usaha memulihkan prestasi hambar gergasi bola sepak England itu.
Kedudukan Carrick di Old Trafford menjadi perhatian hebat susulan permulaan musim terburuk United dalam tempoh 40 tahun, menyaksikan mereka terperosok ke zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas lapan perlawanan tanpa kemenangan.
Carrick masih mengendalikan pasukan, namun masa depannya dipercayai akan ditentukan menerusi satu mesyuarat yang dihadiri pemegang saham berpengaruh, Jim Ratcliffe, Ketua Eksekutif Omar Berrada dan Pengarah Bola Sepak Jason Wilcox di Monaco.









