LONDON: Manchester United sudah memulakan rundingan dengan ketua jurulatih Amerika Syarikat (AS), Mauricio Pochettino bagi menggantikan Michael Carrick sebagai pengurus pasukan itu, menurut laporan BBC dan beberapa media Britain, hari ini.
Kedudukan Carrick di Old Trafford menjadi perhatian susulan permulaan musim terburuk United dalam tempoh 40 tahun, menyaksikan mereka terperosok ke zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas lapan perlawanan tanpa kemenangan.
Carrick masih kekal mengendalikan pasukan, namun masa depannya dipercayai akan ditentukan menerusi satu mesyuarat di Monaco, hari ini yang turut dihadiri pemegang saham berpengaruh, Jim Ratcliffe, Ketua Pegawai Eksekutif, Omar Berrada dan Pengarah Bola Sepak, Jason Wilcox.









