KUALA LUMPUR: Sekatan yang dikenakan ke atas beberapa akaun bank milik MMAG Holdings Bhd dan anak-anak syarikatnya di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) telah ditarik balik.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu menyatakan akaun-akaun yang terjejas tidak lagi tertakluk kepada sekatan yang sebelum ini dikenakan oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Perkembangan itu susulan pengumuman terdahulu kumpulan berkenaan pada 10 Mac dan 17 Mac, 2026 berhubung pembekuan akaun-akaun berkenaan.

Saham MMAG ditutup meningkat satu sen atau 33.33 peratus kepada empat sen hari ini. - BERNAMA