LONDON: Liverpool sepatutnya diberikan sepakan penalti susulan insiden menarik baju Alexander Isak ketika menentang Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), menurut keputusan panel pakar, hari ini.

Baju penyerang Sweden itu ditarik pertahanan Arsenal, Jurrien Timber ketika perlawanan di Anfield pada 1 November lalu yang menyaksikan The Gunners mencatat kemenangan 1-0.

Bagaimanapun, pengadil Andy Madley membiarkan insiden itu tanpa sebarang tindakan, manakala pembantu pengadil video (VAR), Stuart Attwell mengambil keputusan untuk tidak mencadangkan semakan semula insiden berkenaan.

Keputusan itu dikritik beberapa pengulas bola sepak ketika itu termasuk Jamie Carragher dan Ian Wright, sebelum panel lima anggota 'Key Match Incidents' memutuskan bahawa Liverpool sepatutnya diberikan sepakan penalti.