Kuala Lumpur: Seorang wanita bersama anak kecilnya berdepan detik cemas apabila kipas besar tiba-tiba jatuh ketika sedang solat di bahagian ruang solat wanita di sebuah masjid berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kelmarin.
Kejadian tidak diduga itu dikongsikan mangsa melalui akaun Threads milik beliau, @ismiummdhiahanawafanuh.
Menurut mangsa, dia dan anak kecilnya bernasib baik kerana terselamat daripada kecelakaan yang lebih serius.
Katanya, mujur anak-anaknya yang lain sedang mengambil wuduk ketika insiden berkenaan.








