Pekan: Lebih 570 ayam hidup dan siap diproses seberat 1,412 kilogram dirampas dalam serbuan Op Salju Mega di sebuah premis beroperasi tanpa lesen di Felda Chini, di sini, hari ini.
Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata, dalam serbuan jam 8 pagi itu, sebanyak 577 ekor ayam hidup dan ayam siap proses bernilai lebih RM16,900 rampas.
Menurutnya, ketika serbuan terdapat lapan lelaki termasuk pengusaha berada di premis terbabit dan hasil siasatan didapati premis itu beroperasi tanpa lesen sejak dua tahun lalu.
"Pemeriksaan juga mendapati pemilik premis gagal mengemukakan lesen perniagaan sah daripada pihak berkuasa tempatan untuk menjalankan aktiviti memproses ayam di kawasan terbabit.









