Ayer Keroh: Hasrat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mahu menyerahkan gaji bulanannya sebanyak RM11,900 kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan kesaksamaan undang-undang, disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid berharap sumbangan itu turut merangkumi elaun yang diterima Mohamad sebagai menteri.
"Bagus… cadangan yang baik dan saya harap bukan sahaja gaji tetapi elaun dia (Datuk Seri Mohamad Sabu).
"Elaun beliau juga harus diberikan kalau itu niat untuk membantu," katanya.









