PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah atas pemergian wakil calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, Samivel yang terkorban dalam nahas jalan raya di Melaka, tengah hari tadi.

Anwar berkata, mendiang yang juga Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Alor Gajah merupakan seorang pejuang parti yang telah lama memberikan khidmat dan menunjukkan kesetiaan terhadap perjuangan Keadilan.

“Sebagai Ketua Cabang Keadilan Alor Gajah, saudara Samivel telah lama berkhidmat dan bersetia dengan perjuangan.

“Moga jasa dan semangat beliau terus membimbing langkah kita dalam meneruskan perjuangan ini,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.