MELAKA: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan yakin pola sokongan pengundi bukan Melayu terhadap BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 akan meningkat berbanding dua pilihan raya negeri sebelum ini.
Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan perkembangan pola sokongan yang diterima sepanjang kempen BN dan Perikatan Nasional (PN) di negeri berkenaan.
"Kalau kita lihat pola sokongan dari Johor hingga Negeri Sembilan, ia memang menunjukkan peningkatan dan amat baik.
"Jadi, kita berharap sokongan sama dapat diterjemahkan di Melaka. Namun, sekali lagi saya nak tegaskan bahawa jentera mesti bekerja keras untuk membawa dan meyakinkan pengundi supaya menyokong calon BN dan juga calon PN.









