KUALA LUMPUR: Tiga rakyat Malaysia yang ditahan di Mauritius kerana membawa 76.14 kilogram (kg) kanabis bernilai RM9.87 juta diyakini sedar mereka menjadi 'keldai dadah'.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, berkata ketiga-tiga suspek terdiri suami isteri dan seorang lagi individu yang direkrut menerusi pakej percutian, sememangnya menyedari mereka membawa dadah berkenaan selepas mengambil bahan terlarang itu di Bangkok.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek terbabit melakukan perjalanan dari Malaysia ke Bangkok sebelum mengambil dadah berkenaan, kemudian meneruskan perjalanan ke Mauritius.