KOTA BHARU: Kedudukan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BERSATU Kelantan sebagai Timbalan EXCO kerajaan negeri akan ditentukan minggu hadapan.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, perkara itu akan dibawa ke mesyuarat EXCO minggu hadapan, sebelum ia diputuskan.
"Kedudukan dua timbalan EXCO itu akan diputuskan dalam mesyuarat minggu hadapan," katanya ringkas.
Terdahulu media melaporkan, kedudukan dua lagi ADUN BERSATU Kelantan yang berkhidmat sebagai Timbalan EXCO belum jelas, susulan penamatan pelantikan Pengerusi parti itu di negeri berkenaan daripada jawatan EXCO.









