Di Kedah, 2 wakil Bersatu yang masih exco terdiri daripada Adun Bukit Kayu Hitam Halimaton Shaadiah Saad dan Adun Kubang Rotan Mohd Salleh Saidin.PETALING JAYA: Umno Kedah mencadangkan kerajaan negeri meneliti semula kedudukan dua exco Bersatu susulan keputusan kerajaan Kelantan tidak menyambung pelantikan Adun parti itu dalam pentadbiran negeri.

Umno Kedah berkata, perkembangan itu boleh dijadikan asas pertimbangan bagi memastikan keselarasan pendekatan politik dan pentadbiran antara kedua-dua negeri yang diterajui PAS.

“Langkah itu wajar dipertimbangkan memandangkan Kedah dan Kelantan mempunyai latar belakang kerjasama politik yang hampir sama," katanya dalam kenyataan kepada FMT.

“Pada pandangan kami, perkembangan di Kelantan boleh dijadikan asas pertimbangan dalam memastikan wujudnya keselarasan pendekatan politik dan pentadbiran antara kerajaan negeri yang diterajui PAS."