Bekas perdana menteri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International menerusi kaedah tahanan rumah, mulai semalam.KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kawalan keselamatan bekas perdana menteri Najib Razak yang sedang menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah di kediamannya di Langgak Duta, sejak semalam.
Ketua Polis Negara Khalid Ismail berkata polis bekerjasama rapat dengan Jabatan Penjara dalam memastikan pematuhan aspek keselamatan.
"Memandangkan rumah itu berada di bawah kawasan pentadbiran IPD Sentul, jadi saya telah mengarahkan IPD untuk melaksanakan pemeriksaan dan juga kawalan dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis sambutan bulan integriti.








