Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil ketika sidang media selepas Jamuan Tengah Hari yang dianjurkan Malaysia sempena ITU PP-26 di Pusat Pameran dan Konvensyen Doha (DECC) hari ini. (Gambar Bernama)DOHA: Malaysia menerima maklum balas positif dan sokongan daripada banyak negara dalam usaha mempertahankan kerusi Majlis Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) menjelang pemilihan yang dijadual berlangsung pada 16 Nov ini.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, sokongan itu dizahirkan menerusi beberapa siri pertemuan dua hala dan resepsi makan tengah hari yang diadakan bersama dengan delegasi negara anggota sempena Persidangan Perwakilan Penuh ITU 2026 (PP-26) di sini.
Perkembangan itu, katanya, ialah petanda positif terhadap usaha Malaysia untuk terus memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju pembangunan sektor telekomunikasi pada peringkat antarabangsa.







