Badan Peguam mahu perintah certiorari untuk membatalkan prosiding LPWP yang diadakan pada tarikh tersebut, serta mana-mana keputusan, perintah atau aturan yang berkaitan yang memudah cara tahanan di rumah bagi Najib.KUALA LUMPUR: Badan Peguam memfailkan cabaran undang-undang baharu terhadap keputusan membenarkan bekas perdana menteri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International bawah tahanan di rumah.
Dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan di Mahkamah Tinggi semalam, menerusi firma guaman Amir & Rajpal Ghai, Badan Peguam memohon kebenaran untuk mencabar prosiding, keputusan dan tindakan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (LPWP) berkaitan aturan tahanan di rumah bertarikh 18 Sept.








