Kuala Lumpur : ANAS Cosmetics membuktikan dominasinya dalam pasaran e-dagang apabila usahawan merangkap pempengaruh terkenal, Anas Zahrin mencatatkan jualan luar biasa mencecah RM1.3 juta menerusi acara TikTokShop Creator ICON ALLSTAR 11.11 Showdown, semalam.

Pencapaian memberangsangkan itu turut disusuli dengan kejayaan jenama berkenaan merangkul dua anugerah utama pada majlis berkenaan, iaitu Creator Icon All Star 11.11 - Top All Star Creator dan Creator Icon All Star 11.11 - RM 1 Million Milestones.

Anugerah ganda itu sekali gus melengkapkan kukuhnya profil jenama yang diasaskan oleh anak kelahiran Kota Tinggi, Johor itu sejak dibina hampir sedekad lalu.

Anas berkata, kejayaan meraih kutipan melebihi RM1 juta itu dicapai menerusi satu sesi jualan langsung (live) tanpa henti selama 11 jam.