KUALA LUMPUR: ANAS Cosmetics milik usahawan dan pempengaruh Anas Zahrin merekodkan jualan RM1.3 juta menerusi sesi jualan langsung selama 11 jam, selain meraih dua anugerah dalam TikTok Shop Creator Icon All Star 11.11 Showdown.
Dua pengiktirafan yang diterima ialah Creator Icon All Star 11.11 - Top All Star Creator dan Creator Icon All Star 11.11 - RM1 Million Milestones.
ANAS Cosmetics dalam satu kenyataan berkata, pencapaian itu mengukuhkan kedudukan perniagaan yang dibangunkan Anas sejak hampir sedekad lalu.
Anas berkata, jualan berkenaan membabitkan pelbagai produk, termasuk gincu cecair, pembayang mata, pelembap bibir dan minyak wangi.









