KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup kebanyakannya mengukuh berbanding mata wang utama dan serantau pada Rabu, namun susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan jangkaan baharu terhadap kemungkinan kenaikan kadar faedah di negara itu.

Perkembangan itu menyusuli data inflasi AS yang lebih tinggi daripada jangkaan.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan menyusut kepada 4.0710/0745 berbanding dolar AS daripada 4.0540/0580 ketika ditutup pada Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata ringgit susut hampir 0.45 peratus berbanding dolar AS hari ini berikutan data inflasi AS yang lebih tinggi daripada jangkaan, sekali gus mengukuhkan prospek kenaikan kadar faedah pada Disember.