SHAH ALAM: Semua kawasan rekreasi air terjun di Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Selangor ditutup sepenuhnya berkuat kuasa serta-merta sehingga tarikh diberitahu kelak.
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) memaklumkan, arahan penutupan dibuat atas faktor keselamatan berikutan keadaan cuaca tidak menentu, yang boleh meningkatkan risiko kepada pengunjung.
"Orang ramai dilarang memasuki kawasan air terjun yang ditutup atau melakukan sebarang aktiviti rekreasi di lokasi berkenaan sepanjang tempoh arahan itu berkuat kuasa.
"JPNS memberi amaran tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap mana-mana individu yang ingkar arahan penutupan berkenaan," katanya menerusi kenyataan di Facebook.









