KOTA BHARU: Kawasan rekreasi dan air terjun di Kelantan ditutup sementara berikutan Monsun Timur Laut (MTL) yang melibatkan kawasan di Gua Musang, Kuala Krai, Pasir Puteh, Jeli, Machang dan Tanah Merah.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah berkata, berdasarkan maklumat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sebanyak 18 lokasi hotspot dikenal pasti yang berisiko tinggi berlaku kepala air di enam jajahan tersebut.

“Langkah persediaan awal diambil bagi memastikan orang ramai tidak mengunjungi kawasan berisiko kejadian kepala air. Pada masa sama PBT perlu memantau di lokas dikenal pasti yang sering dikunjungi ramai di kawasan tersebut.

“Kita mengingatkan orang ramai supaya mematuhi arahan dan sentiasa peka dengan cuaca semasa,” katanya di sini, hari ini.