KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kawalan keselamatan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah di kediamannya di Langgak Duta di sini, sejak semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai agensi penguatkuasaan undang-undang sentiasa bekerjasama rapat dengan Jabatan Penjara dalam memastikan pematuhan aspek keselamatan berkenaan.

"Memandangkan rumah itu berada di bawah kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, jadi saya telah mengarahkan IPD untuk melaksanakan pemeriksaan dan juga kawalan dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat PDRM Tahun 2026 di sini hari ini.