MELAKA: Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa atau lebih dikenali sebagai Yana Najib, memaklumkan bapanya menitipkan pesanan kepada rakyat Melaka sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Beliau berkata, bapanya mengingatkan rakyat Melaka Barisan Nasional (BN) adalah parti yang mampu menjamin masa depan mereka, khususnya golongan muda.

"Datuk Seri Najib sentiasa mengharapkan kemenangan Barisan Nasional (BN). Beliau seorang yang sangat mementingkan parti.

"Beliau tahu pengorbanan dalam politik dan sentiasa menasihati saya serta abang-abang supaya turun padang membantu rakyat.