KUALA LUMPUR - Jabatan Penjara bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kawalan keselamatan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah di kediamannya di Langgak Duta di sini, sejak semalam.Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai agensi penguatkuasaan undang-undang sentiasa bekerjasama rapat dengan Jabatan Penjara dalam memastikan pematuhan aspek keselamatan berkenaan."Memandangkan rumah itu berada di bawah kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, jadi saya telah mengarahkan IPD untuk melaksanakan pemeriksaan dan juga kawalan dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat PDRM Tahun 2026 di sini pada Rabu.Beliau berkata, PDRM menempatkan beberapa pegawai bagi membantu Jabatan Penjara sepanjang tempoh bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman di rumah.Semalam, Najib mula menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International Sdn Bhd menerusi kaedah tahanan rumah selepas Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bahawa perintah itu berkuat kuasa serta-merta.Hakim Datuk Aslam Zainuddin membuat keputusan itu selepas membatalkan perintah yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftaran Jenayah Mahkamah Tinggi pada 6 November lepas terhadap Najib, 73. - Bernama
Kawalan keselamatan di rumah Najib tanggungjawab Jabatan Penjara - KPN

Key takeaways
Jabatan Penjara bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan Najib yang menjalani tahanan rumah di kediamannya.
- Jabatan Penjara mengendalikan kawalan keselamatan Najib di rumahnya.
- PDRM bekerjasama rapat dengan Jabatan Penjara untuk memastikan keselamatan.
- PDRM tempatkan pegawai untuk bantu Jabatan Penjara semasa Najib menjalani hukuman.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Free Malaysia Today , Berita Harian , Harian Metro
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Tahanan rumah Najib: Jabatan Penjara akan patuh arahan mahkamah
- Free Malaysia Today Kawalan keselamatan di rumah Najib tanggungjawab Jabatan Penjara
- Sinar Harian Kawalan keselamatan di rumah Najib tanggungjawab Jabatan Penjara - KPN (this story)









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FNew-Big-Picture-template-06112026-18_825110.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)