KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kapit, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengesahkan beliau kekal berkhidmat di peringkat Parlimen dan tidak akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak bulan depan.Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu berkata, spekulasi berhubung hasratnya bertanding di peringkat DUN sebelum ini timbul susulan cadangan pewujudan kerusi baharu iaitu DUN Melekun di bawah Parlimen Kapit.Bagaimanapun, Menteri Kerja Raya itu berkata, persempadanan kerusi baharu berkenaan tidak sempat diguna pakai pada PRN kali ini kerana belum diwartakan."Walaupun DUN Sarawak sudah meluluskan tambahan kerusi, ia (kerusi baharu) belum dibawa ke Dewan Rakyat untuk pengesahan. Jadi tidak sempat diguna dalam PRN ini, maka saya tidak ada tempatlah (di DUN)," katanya ketika ditemui selepas menghadiri rakaman program terbitan Bernama TV di Wisma Bernama di sini pada Rabu.Pada 7 Julai 2025, DUN Sarawak meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Dewan Undangan Negeri (Komposisi Keanggotaan) 2025 yang menyaksikan pertambahan 17 kerusi baharu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 99 kerusi DUN.Bilangan kerusi DUN Sarawak telah ditambah secara berkala daripada 48 pada 1969, kepada 56 pada 1985, 62 pada 1995, 71 pada 2005 dan 82 pada 2014.Nanta yang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kapit selama enam penggal berkata, ketiadaan peluang bertanding di peringkat DUN bukan satu isu kerana keutamaannya adalah untuk terus memberikan khidmat terbaik kepada rakyat menerusi mandat Parlimen sedia ada.Sebelum ini, beliau pernah menyuarakan hasrat untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Kapit pada Pilihan Raya Umum akan datang bagi memberi laluan kepada peralihan kepimpinan, di samping membuka ruang untuk berkhidmat di peringkat negeri sekiranya kerusi DUN Melekun diwujudkan.Ditanya mengenai laporan bahawa GPS bakal mempertaruhkan 10 peratus calon muka baharu pada PRN berkenaan, Nanta enggan mengulas lanjut dan menegaskan ketetapan tersebut tertakluk kepada keputusan pucuk pimpinan parti.Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Disember sebagai hari pengundian bagi PRN Sarawak, manakala penamaan calon pada 28 November dan pengundian awal pada 8 Disember. - Bernama
Nanta sahkan tidak bertanding pada PRN Sarawak

Key takeaways
Ahli Parlimen Kapit, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, mengesahkan tidak akan bertanding di kerusi DUN pada PRN Sarawak kerana kerusi baharu belum diwartakan.
- Nanta tetap berkhidmat di Parlimen dan tidak akan bertanding di DUN.
- Kerusi baharu DUN Melekun belum diwartakan sehingga tidak boleh digunakan pada PRN ini.
- DUN Sarawak menambah 17 kerusi baharu, menjadikan jumlah 99 kerusi.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro , Berita Harian , Free Malaysia Today
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Berita Harian BERSATU sahkan guna logo sendiri pada PRN Melaka
- Utusan Malaysia 79 calon sah bertanding pada PRN Melaka
- Sinar Harian Nanta sahkan tidak bertanding pada PRN Sarawak (this story)
- Free Malaysia Today Nanta sahkan tak bertanding PRN Sarawak
- Harian Metro Nanta sahkan tidak bertanding pada PRN Sarawak
- Berita Harian PRN Sarawak: Nanta sahkan tidak bertanding








