MELAKA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memuji semua parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kerana mengekalkan tataetika dan tatasusila berkempen yang berbaki kurang daripada 72 jam.Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, suasana kempen di Melaka berlangsung dalam keadaan sangat tenang dan terkawal berbanding siri pilihan raya di negeri lain sebelum ini.Beliau turut menzahirkan keyakinan terhadap keupayaan pasukan keselamatan serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam memastikan hari pengundian Sabtu ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini."Saya bersyukur kerana semua parti yang bertanding menghormati tataetika dengan mempunyai tatasusila kempen yang baik."Walaupun keadaan ini sangat-sangat tenang berbanding dengan kempen pilihan raya negeri yang lain atau pilihan raya kecil, kita mengharapkan agar di hari akhir ketika pengundian dijalankan, mudah-mudahan tidak ada sebarang peristiwa yang tidak diingini akan berlaku," katanya.Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ditemui pemberita selepas menghadiri majlis Khatam Perdana Pra Tahfiz dan Libat Urus Digital Pendidikan Awal Kanak-Kanak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini pada Rabu.SPR menetapkan hari pengundian PRN Melaka ke-16 yang melibatkan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Sabtu ini, dengan sebanyak 687,697 pengundi layak menjalankan tanggungjawab pada PRN berkenaan.PRN itu menyaksikan Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan calon di 24 kerusi DUN, diikuti BN (23), Parti Bersama Malaysia (16), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (tujuh), Perikatan Nasional (lima), Parti Pribumi Perkasa Malaysia (satu) dan Bebas (tiga).Bagi mendapatkan berita terkini PRN Melaka ke-16, layari https://election.bernama.com/prn/melaka/2026. - Bernama
PRN Melaka: Ahmad Zahid puji tatasusila parti bertanding

Key takeaways
Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid memuji tatasusila parti politik semasa PRN Melaka yang berlangsung tenang dan terkawal.
- Ahmad Zahid memuji semua parti yang bertanding atas tataetika dan tatasusila kempen.
- SPR dan pasukan keselamatan diharapkan dapat memastikan hari pengundian berjalan lancar.
- PRN Melaka melibatkan 28 kerusi DUN dengan 687,697 pengundi layak mengundi.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian PRN Melaka: Ahmad Zahid puji tatasusila parti bertanding (this story)









