ALOR GAJAH - Calon dari Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) membuat laporan polis selepas mendakwa dimarahi secara kasar oleh seorang lelaki ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada Selasa.Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, wanita itu membuat laporan berikutan bimbang terhadap keselamatan dirinya susulan kejadian berkenaan."Kejadian berlaku sekitar jam 6.45 petang ketika pengadu sedang menjalankan aktiviti kempen pilihan raya serta membuat pemantauan banjir di Rumah Awam Gadek."Kes disiasat dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi pada Rabu.Sebelum ini, tular video di media sosial memaparkan dua individu daripada dua parti berlainan bertengkar ketika meninjau keadaan penduduk yang terjejas akibat banjir.Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek memperlihatkan persaingan empat penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), Parti Bersama Malaysia (Bersama), Putra dan Barisan Nasional (BN).
PRN Melaka: Calon Putra buat laporan polis, dakwa dimarahi penyokong ketika kempen

Key takeaways
Calon Putra membuat laporan polis selepas mendakwa dimarahi oleh penyokong semasa kempen PRN Melaka.
- Kejadian berlaku semasa aktiviti kempen dan pemantauan banjir di Gadek.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
- Kerusi DUN Gadek mempunyai persaingan empat penjuru antara parti.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOOR AINON MOHAMED
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) PRN MELAKA | 28 pusat penamaan calon dibuka 9 pagi
- Malaysiakini (BM) PRN Melaka: Kesemua 28 pusat penamaan calon ditutup 10 pagi ini
- Malaysiakini (BM) PRN Melaka | Pemimpin utama parti turun padang iringi calon
- Utusan Malaysia Calon PN Kesidang buat laporan terhadap Peguam Negara
- Sinar Harian PRN Melaka: Calon Putra buat laporan polis, dakwa dimarahi penyokong ketika kempen (this story)









