PETALING JAYA: Pas Pusat menegaskan tidak mencampuri urusan pentadbiran tiga negeri dibawah pimpinan partinya berhubung kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dilantik sebagai exco kerajaan negeri.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri masing-masing untuk ditentukan mengikut keperluan pentadbiran.

Menurutnya, kepemimpinan Pas Pusat hanya akan menerima laporan sekiranya isu berkenaan membabitkan hal ehwal parti.

“Buat masa ini, kepemimpinan pusat Pas menyerahkan perkara berkaitan pentadbiran negeri kepada kerajaan negeri masing-masing. Parti hanya akan menerima laporan membabitkan isu berkaitan parti,” katanya.