Kuala Kubu Bharu: Orang ramai dan penduduk sekitar Hulu Selangor disaran menangguhkan sementara sebarang aktiviti rekreasi di sungai di daerah itu, susulan risiko kejadian kepala air.

Setakat ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, mengenal pasti tiga sungai di daerah berkenaan sebagai lokasi berisiko tinggi susulan rekod kejadian kepala air di kawasan terbabit.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, Sungai Batang Kali sebagai contoh merekodkan empat kejadian kepala air, diikuti Sungai Chiling (tiga kejadian ) dan Sungai Pertak (dua kejadian) termasuk insiden Isnin lalu yang meragut lima nyawa dan tiga lagi masih hilang.

"Berdasarkan maklumat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, sebanyak 14 sungai dikenal pasti berisiko berlaku kejadian kepala air di daerah Hulu Selangor.